Community 65

Food & Beverage 1


DINAMIK (Emergency Medical Request). A Technology Project. By SMK Bandar Baru Bangi

...

ABOUT THE PROJECT

Ledakan apps mobile sedang menjadi-jadi. Peningkatan mendadak pengguna smartphones telah mengatasi penggunaan komputer peribadi dan peranti mudahalih yang lain .Bagi peralatan kecil seperti smartphones adalah lebih pantas menggunakan mobile apss dari web biasa .Maka, Kami akan membina Mobile Apps yang dinamakan Emergency Medical Request atau EMR.

Apps ini mempunyai multifungsi utk membantu seseorang yang berada dalam kecemasan dan sukar utk membuat keputusan pantas seperti serangan sakit jantung, saat melahirkan anak, serangan asma, kemalangan dll. Apps ini member panduan awal iaitu pra paramedic kepada mangsa. Memberi isyarat segera kepada hospital atau klinik yang berdekatan supaya operasi dpt dijalankan dengan pantas.Ia juga mengandungi maklumat geografi, topologi dan aliran trafik yang terkini. Apps ini dilengkapi dengan ciri-ciri tambahan seperti GPS, talian kecemasan, bengkel kenderaan, agensi kerajaan dan lain-lain. Kami akan berkongsi ilmu membina apss mobile dengan komuniti rakan untuk membina apps mobile permainan kegemaran mereka dan menjana pendapatan daripadanya.

Kos keseluruhan ialah RM5000 sahaja. RM2000 untuk kursus lengkap untuk 4 orang bagi membina Apps Mobile dengan System Developer RM1500 untuk membeli smartphones dan RM1500 untuk membeli laptop








SOKONGAN ANDA

Kami mencadangkan para penyokong menghubungkan akaun Facebook anda pada laman web, pitchiN sebelum anda membuat sokongan. Sekiranya anda tidak menghubungkan akaun Facebook anda sebelum membuat sokongan amaun, sokongan tersebut akan dilihat sebagai "orang tanpa nama" atau "anonymous". Sekiranya anda memilih untuk tidak menghubungkan akaun Facebook anda, anda masih berupaya untuk membuat sokongan amaun kerana pihak pitchIN akan masih dapat mengenalpasti identiti anda yang mana akan di kongsi bersama pihak CrowdMalaya sekiranya projek kami berjaya mencapai sasaran. Hanya kami merasakan sekiranya pihak anda menghubungkan akaun Facebook anda sebelum menyatakan sokongan amaun pada projek CrowdMalaya, maka ianya akan lebih interaktif dan pihak lain dapat melihat penama-penama yang menyokong projek kami.

MAKLUMAN

Anda tidak perlu mempunyai akaun bersama PayPal untuk menyokong projek CrowdMalaya. Apa yang hanya anda perlukan ialah kad kredit Mastercard/Visa ataupun Debit kad.

Walaubagaimana pun, sekiranya pihak anda tidak selesa menggunakan kiriman wang melalui talian Internet, maka pihak anda boleh juga menyatakan sokongan mealui pemindahan wang secara terus kepada akaun pitchIN seperti berikut:

WATCHTOWER AND FRIENDS SDN.BHD
Maybank 564892100684

WATCHTOWER AND FRIENDS SDN BHD adalah syarikat yang mentadbir pitchIN.

Dalam pada waktu yang sama sekiranya pihak anda membuat pemindahan wang secara terus, sila emelkan kepada pihak pitchIN bukti pemindahan tersebut dengan mengirimkan resit kepada alamat emel berikut: pitch@pitchin.my dengan subjek: DINAMIK. Setelah menerima maklumat ini pihak pitchIN akan mengemaskinikan sistem.


Terima kasih sekali lagi dan kami berharap anda semua dapat menyokong projek kami akan ianya menjadi realiti!

Pasukan DINAMIK

Project Updates

Project Discussion

List of Pitchers

List of all people who had pitched/pledge money to this project

Anonymous Pitcher RM10
Mazirah Abdul Rahman RM100
Meriam Mohammad RM1600
Siti Nurhamiza RM1300
Amran Md Noh RM2000

About Me

Mazirah Abdul Rahman

Gender female
Location Kuantan
Website https://www.facebook.com/mazirah.abdulrahman
Experiences

Additional Information



Nama Ahli: Siti Nurhamiza binti Mohd Zahli Ahmad Nur Iman bin Azhar Nurul Izzah binti Solah Ummi Afiqah Nabihah bt Nasir.

Kemahiran Ahli Kumpulan: Mahir mengaplikasikan perisian untuk presentation seperti Movie Maker, Video Maker FX, Moovly, Powtoon, Microsoft Power Point dan boleh membina blog yang menarik dan interaktif.

Pencapaian: Khidmat Bakti untuk meningkatkan fasiliti sekolah.

Matlamat kumpulan: Kami ingin menjadi usahawan yang berjaya dalam bidang apps mobile. Ingin mencipta kekayaan dan berkongsi kekayaan itu dengan keluarga, guru, rakan-rakan seusia kami dan kepada rakyat Malaysia. Kami akan berkongsi kemahiran membina apps mobile dengan rakan-rakan agar mereka boleh merealisasikan idea kreatif mereka melalui apps mobile. Dunia di hujung jari kita. Apps Mobile telah menjadi budaya hidup kita. Ianya memudahkan urusan seharian kita, menjimatkan kos, pantas dan yang penting, kami dan rakan-rakan boleh menjana ringgit daripadanya serta mengembalikan kebaikan kepada masyarakat dengan bentuk yang lebih baik lagi.