Community 65

Food & Beverage 1


Multi Purpose Mobile Table. An Arts and Design Project. By Murni Boys, SMK Bandar Baru Bangi

...

ABOUT THE PROJECT

Kami dari kumpulan Murni Boys. Our bussiness idea is "Multi Purpose Mobile Table" (MPT). Kami mendapati bahawa masyarakat kini mengalami kesukaran untuk melakukan tugas mereka dengan menggunakan laptop mereka sendiri. Hal ini kerana, mereka lebih suka melakukan tugas mereka dalam keadaan yang santai. Meja ini dilengkapi dengan cooling fan dan boleh disesuaikan dalam berbagai-bagai kedudukan. Jadi pengguna akan lebih selesa apabila melakukan tugasan mereka.

Bagi mereka yang tinggal di asrama, meja ini juga boleh digantungkan pada katil bertingkat. Kami menyediakan pelbagai corak mengikut citarasa pelanggan.

Kami memerlukan RM33000 untuk menyempurnakan projek kami ini. Dana tersebut akan kami belanjakan untuk mengupah pelukis yang profesional dan membina meja tersebut.





SOKONGAN ANDA

Kami mencadangkan para penyokong menghubungkan akaun Facebook anda pada laman web, pitchiN sebelum anda membuat sokongan. Sekiranya anda tidak menghubungkan akaun Facebook anda sebelum membuat sokongan amaun, sokongan tersebut akan dilihat sebagai "orang tanpa nama" atau "anonymous". Sekiranya anda memilih untuk tidak menghubungkan akaun Facebook anda, anda masih berupaya untuk membuat sokongan amaun kerana pihak pitchIN akan masih dapat mengenalpasti identiti anda yang mana akan di kongsi bersama pihak CrowdMalaya sekiranya projek kami berjaya mencapai sasaran. Hanya kami merasakan sekiranya pihak anda menghubungkan akaun Facebook anda sebelum menyatakan sokongan amaun pada projek CrowdMalaya, maka ianya akan lebih interaktif dan pihak lain dapat melihat penama-penama yang menyokong projek kami.

MAKLUMAN

Anda tidak perlu mempunyai akaun bersama PayPal untuk menyokong projek CrowdMalaya. Apa yang hanya anda perlukan ialah kad kredit Mastercard/Visa ataupun Debit kad.

Walaubagaimana pun, sekiranya pihak anda tidak selesa menggunakan kiriman wang melalui talian Internet, maka pihak anda boleh juga menyatakan sokongan mealui pemindahan wang secara terus kepada akaun pitchIN seperti berikut:

WATCHTOWER AND FRIENDS SDN.BHD
Maybank 564892100684

WATCHTOWER AND FRIENDS SDN BHD adalah syarikat yang mentadbir pitchIN.

Dalam pada waktu yang sama sekiranya pihak anda membuat pemindahan wang secara terus, sila emelkan kepada pihak pitchIN bukti pemindahan tersebut dengan mengirimkan resit kepada alamat emel berikut: pitch@pitchin.my dengan subjek: Multi Purpose Mobile Table. Setelah menerima maklumat ini pihak pitchIN akan mengemaskinikan sistem.

Terima kasih sekali lagi dan kami berharap dengan sokongan anda semua, projek kami akan menjadi realiti!

Pasukan Murni Boys

Project Updates

Project Discussion

List of Pitchers

List of all people who had pitched/pledge money to this project

About Me

Amirul Suhaili

Gender male
Location
Website https://www.facebook.com/amirul.suhaili.7
Experiences

Additional Information



Kumpulan Murni Boys terdiri daripada 3 orang ahli. Kami merupakan pelajar SMK Bandar Baru Bangi. Sebelum ini, kami pernah menyertai Program Usahawan Muda dimana kami telah mengeluarkan satu produk yang diberi nama Magic Stick. Produk ini mendapat sambutan di sekolah kami dan hasil jualan produk ini amat membanggakan. Penyertaan kami dalam Program Usahawan Muda akhirnya berjaya mendapat tempat di peringkat kebangsaan.