Community 65

Food & Beverage 1


Kami Budak Junior (Photography services). A Photography Project. By SMK Taman Dato Harun

...

ABOUT THE PROJECT

PHOTOGRAPHY SERVICES
Mengapa projek ini menjadi pilihan kami:.
Kami menjalankan projek fotografi ini kerana minat kami yang mendalam tentang seni foto dan juga ia adalah suatu skill yang tidak ada pada semua orang. Selain skill artistik, bidang fotografi memerlukan kemahiran teknikal dalam pengendalian kamera seperti lense, appature, lighting dan teknik-teknik tertentu mengikut kesesuaian persekitaran.

Kelebihan projek kami:.
Sebagai pelajar yang masih muda, kebanyakan orang pasti melihat kami kurang skill dalam fotografi. Sebenarnya kami telah berpengalaman selama 3 tahun dan belajar pelbagai teknik dari pakar yang kami kenali. Kelebihan perniagaan kami ini ialah, kami menawarkan pakej yang murah untuk setiap shoot yang kami buat. Hasil photoshoot kami juga dikemaskan dengan photoshop di dalam komputer.

Jenis produk / servis yang kami tawarkan:.
Servis yang kami sediakan adalah photoshoot di majlis-majlis seperti perkahwinan, perasmian, hari sukan, hari lahir dan pelbagai lagi. Selain itu kami juga menyediakan servis pengendalian kamera, teknik fotografi dan tutorial editing.

Bagaimana projek ini dipasarkan? (Web/Facebook/blog/poster):.
Kami akan membuat akaun Facebook, Twitter, blog dan Instagram bagi tujuan hebahan. Web pula akan dibangunkan untuk meletakkan informasi, gambar, harga servis, waktu tempahan, dan jenis servis.

Sasaran pelanggan kami:.
Para pelajar sebaya dengan kami, guru-guru, para keluarga dan rakan-rakan ibubapa buat peringkat awal ini. Kemudian akan dikembangkan sasaran kepada orang luar di sekitar kawasan kediaman dan sekolah kami.







SOKONGAN ANDA

Kami mencadangkan para penyokong menghubungkan akaun Facebook anda pada laman web, pitchiN sebelum anda membuat sokongan. Sekiranya anda tidak menghubungkan akaun Facebook anda sebelum membuat sokongan amaun, sokongan tersebut akan dilihat sebagai "orang tanpa nama" atau "anonymous". Sekiranya anda memilih untuk tidak menghubungkan akaun Facebook anda, anda masih berupaya untuk membuat sokongan amaun kerana pihak pitchIN akan masih dapat mengenalpasti identiti anda yang mana akan di kongsi bersama pihak CrowdMalaya sekiranya projek kami berjaya mencapai sasaran. Hanya kami merasakan sekiranya pihak anda menghubungkan akaun Facebook anda sebelum menyatakan sokongan amaun pada projek CrowdMalaya, maka ianya akan lebih interaktif dan pihak lain dapat melihat penama-penama yang menyokong projek kami.

MAKLUMAN

Anda tidak perlu mempunyai akaun bersama PayPal untuk menyokong projek CrowdMalaya. Apa yang hanya anda perlukan ialah kad kredit Mastercard/Visa ataupun Debit kad.

Walaubagaimana pun, sekiranya pihak anda tidak selesa menggunakan kiriman wang melalui talian Internet, maka pihak anda boleh juga menyatakan sokongan mealui pemindahan wang secara terus kepada akaun pitchIN seperti berikut:

WATCHTOWER AND FRIENDS SDN.BHD
Maybank 564892100684

WATCHTOWER AND FRIENDS SDN BHD adalah syarikat yang mentadbir pitchIN.

Dalam pada waktu yang sama sekiranya pihak anda membuat pemindahan wang secara terus, sila emelkan kepada pihak pitchIN bukti pemindahan tersebut dengan mengirimkan resit kepada alamat emel berikut: pitch@pitchin.my dengan subjek: Kami Budak Junior. Setelah menerima maklumat ini pihak pitchIN akan mengemaskinikan sistem.


Terima kasih sekali lagi dan kami berharap anda semua dapat menyokong projek kami akan ianya menjadi realiti!

Pasukan Kami Budak Junior



Project Updates

Project Discussion

List of Pitchers

List of all people who had pitched/pledge money to this project

Anonymous Pitcher RM10

About Me

Muhammad Najmifc

Gender male
Location
Website https://www.facebook.com/muhammad.najmifc
Experiences

Additional Information



Kami terdiri dari Muhammad Afieyqhadzwan, Shah Muhammad Akmal Nazri & Muhammad Najmi
Kebolehan kami:. Berkemahiran dalam bidang fotografi dan editing. Bila ia ditubuhkan:. Kumpulan kami baru sahaja ditubuhkan setahun yang lalu.
Harapan kumpulan kami:. Harapan kami ialah dapat memberi sumbangan kepada masyarakat di atas kemahiran yang kami ada. Walaupun ramai yang di luar sana telah menceburi bidang ini, tapi kami yakin yang kami adalah pelapis bagi golongan profesional di luar sana. Biarpun kami mula dengan kecil, tetapi akan datang mungkin akan buka sasaran yang lebih besar. Kami juga akan menambah ilmu kami dengan mempelajari teknik fotografi di kelas-kelas profesional. Jika berpeluang, kami ingin mendapatkan pelanggan yang lebih besar seperti sektor korporat, aktiviti kerajaan dan majlis resepsi orang kenamaan.