Community 65

Food & Beverage 1


CrowdMalaya. Satu Projek Teknologi. Pembelian tiket secara online dan rangkaian sosial berkonsepkan sukan bolasepak.

...

ABOUT THE PROJECT

Beratur panjang, Tiket Palsu, Ulat Tiket, Tiada masa untuk beli tiket?

CrowdMalaya adalah penyelesaiannya. CrowdMalaya merupakan aplikasi pertama di dunia yang menggabungkan sistem pembelian tiket secara online dan rangkaian sosial berkonsepkan sukan. Melalui CrowdMalaya, anda boleh membeli tiket bola sepak dimana-mana jua dan pada bila-bila masa melalui applikasi mobil kami dan juga laman web CrowdMalaya. Anda juga boleh menggunakan telefon pintar anda sebagai tiket masuk ke stadium.

Kami mensasarkan bilangan pengguna aktif CrowdMalaya melebihi 500 ribu pengguna selepas 6 bulan CrowdMalaya dilancarkan. Dengan itu, syarikat syarikat korporat berpeluang untuk memasarkan barangan atau mengiklankan perniagaan mereka melalui Store CrowdMalaya.

Projek CrowdMalaya terbahagi kepada 6 fasa seperti berikut:

Fasa 1: Sistem e-ticketing
Fasa 2: Biodata pasukan
Fasa 3: Store
Fasa 4: Ruangan Pengiklanan
Fasa 5: Rangkaian Sosial
Fasa 6: Liga CrowdMalaya

Sumbangan dana yang diperlukan:

Fasa 1 : RM20,000
Fasa 1&2: RM30,000
Fasa 1-3: RM50,000
Fasa 1-4: RM70,000
Fasa 1-5: RM140,000
Fasa 1-6: RM175,000

Kami memerlukan sumbangan anda untuk merealisasikan hasrat ini. Kami ingin mengubah system penjualan tiket bola sepak di Malaysia. Jom bersama kami membawa perubahan kepada perkhidmatan system tiket bola sepak Malaysia. Kami percaya, dengan adanya CrowdMalaya, mutu industri sukan negara pasti akan meningkat.

Dan akhir sekali, nantikan ciri terhebat CrowdMalaya iaitu Liga CrowdMalaya yang bakal dipimpin oleh bekas bintang bola sepak Negara! #CrowdMalaya



SOKONGAN ANDA

Kami mencadangkan para penyokong menghubungkan akaun Facebook anda pada laman web, pitchiN sebelum anda membuat sokongan. Sekiranya anda tidak menghubungkan akaun Facebook anda sebelum membuat sokongan amaun, sokongan tersebut akan dilihat sebagai "orang tanpa nama" atau "anonymous". Sekiranya anda memilih untuk tidak menghubungkan akaun Facebook anda, anda masih berupaya untuk membuat sokongan amaun kerana pihak pitchIN akan masih dapat mengenalpasti identiti anda yang mana akan di kongsi bersama pihak CrowdMalaya sekiranya projek kami berjaya mencapai sasaran. Hanya kami merasakan sekiranya pihak anda menghubungkan akaun Facebook anda sebelum menyatakan sokongan amaun pada projek CrowdMalaya, maka ianya akan lebih interaktif dan pihak lain dapat melihat penama-penama yang menyokong projek kami.

MAKLUMAN

Anda tidak perlu mempunyai akaun bersama PayPal untuk menyokong projek CrowdMalaya. Apa yang hanya anda perlukan ialah kad kredit Mastercard/Visa ataupun Debit kad.

Walaubagaimana pun, sekiranya pihak anda tidak selesa menggunakan kiriman wang melalui talian Internet, maka pihak anda boleh juga menyatakan sokongan mealui pemindahan wang secara terus kepada akaun pitchIN seperti berikut:

WATCHTOWER AND FRIENDS SDN.BHD
Maybank 564892100684

WATCHTOWER AND FRIENDS SDN BHD adalah syarikat yang mentadbir pitchIN.

Dalam pada waktu yang sama sekiranya pihak anda membuat pemindahan wang secara terus, sila emelkan kepada pihak pitchIN bukti pemindahan tersebut dengan mengirimkan resit kepada alamat emel berikut: pitch@pitchin.my dengan subjek: CrowdMalaya. Setelah menerima maklumat ini pihak pitchIN akan mengemaskinikan sistem.


Terima kasih sekali lagi dan kami berharap anda semua dapat menyokong projek kami akan ianya menjadi realiti!

CrowdMalaya

Project Updates

Project Discussion

List of Pitchers

List of all people who had pitched/pledge money to this project

Mac Vhustle RM3
Anonymous Pitcher RM50
Anonymous Pitcher RM10
Nurul Aishah RM100
Anonymous Pitcher RM10
Anonymous Pitcher RM100
Anonymous Pitcher RM10
Anonymous Pitcher RM3
Rosli Bin Baharudin RM3
Anonymous Pitcher RM3

About Me

Firdaus Zakaria

Gender male
Location Kuala Lumpur, Malaysia
Website https://www.facebook.com/firanza
Experiences

Additional Information

Wan Hairul Azzuan Wan Hanudin, co-Founder Core Invent, 28 tahun
Wan Hairul Azzuan merupakan lepasan graduan daripada Universiti Putra Malaysia dengan kelulusan kepujian Bacelor Sains Major Statistik dan Ekonomi. Beliau mempunyai pengalaman luas di dalam sektor berkaitan kerajaan mahupun sector swasta. Beliau pernah menyandang jawatan Eksekutif di Malaysia Airports Holdings Berhad dan Malaysia Airlines System Berhad.

Seterusnya, beliau memperluaskan pengalamannya di Bank Rakyat sebagai Perancang Korporat. Kini beliau merupakan Co-Founder Core Invent. Selain minat yang mendalam terhadap sukan Bola Sepak, beliau juga mengikuti perkembangan semasa teknologi dan sistem pembangunan terkini yang digunakan di dalam sukan terutamanya bola sepak.

Mohd Firdaus Mahamad Zakaria, co-Founder Core Invent, 30 tahun
Mohd Firdaus mendapat pendidikan di Universiti Putra Malaysia dengan kelulusan kepujian Bacelor Ekonomi Pembangunan. Kerjayanya bermula di salah sebuah syarikat kajian pasaran iaitu The Nielsen Company sebagai Penganalisa Pasaran. Seterusnya beliau ditawarkan jawatan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Setelah berkhidmat di sektor awam, beliau memperluaskan pengalamannya dengan menyertai Bank Rakyat sebagai Perancang Korporat. Kini beliau merupakan Co-Founder Core Invent. Beliau berhasrat untuk meningkatkan mutu industri sukan negara kepada tahap yang membanggakan yang mana akan meliputi aspek komuniti, teknologi dan infrastruktur sukan.