Project Summary
Dari penilaian tentang pasaran tempatan yang menunjukkan amat ramai usahawan yang berniaga di online dan juga beriklan saya berasa amat 'kena' atau tepat waktunya jikalau konsep pengiklanan piksel ini dibuka kepada usahawan tempatan (mungkin juga bagi jiran dekat) bagi bersama-sama melakar atau mengulangi sejarah pengiklanan digital. Jadi saya ambil keputusan untuk memulakan laman web ini.
Dengan serendah RM100 pengiklan dapat meletakkan jenama dan pautan (link) ke laman sesawang pilihan mereka.
Website ini akan berada di internet sekurang-kurangnya 5 tahun. Ini bererti kos pengiklanan serendah RM1.70 sebulan.
Contoh seperti gambar dibawah:-
Untuk menjadikan misi ini lebih mudah tercapai saya berharap untuk mendapat pendukung (pledger) dari komuniti PitchIN. Sila tonton video penerangan di atas untuk lebih penerangan tentang "benefit" / "uniqe selling point" piksel iklan.
Bagaimana Anda Dapat Membantu
Sumbangan / Pembelian saudara/saudari akan digunakan seperti di bawah.
1. Kewangan
RM20000 pada peringkat permulaan untuk:-
1.1. Pemasaran RM10,000.00
Menempatkan jenama "lamanwebsatujutaringgit","Laman Web Satu Juta Ringgit",slogan "Miliki Secebis Sejarah Internet!" di media massa dan media sosial dengan lebih mudah dan cepat menjadikan lamanwebsatujutaringgit.com mendapatkan lebih perhatian. Termasuk kos-kos untuk menampung kerja menyediakan write up,liputan media, isi kandungan dan video
1.2.1. Teknikal RM5,000.00
Kos Teknikal: Hosting dan programming
1.3. Modal Insan RM5,000.00
Pembiayaan modal insan yang berkaitan untuk merealisasikan objektif website ini.
Semua pembiayaan ini boleh dibuat terus dari pembelian piksel (lihat perkara No. 2 Pembelian PIksel) atau melalui PitchIN.
2. Pembelian Piksel
Pembelian piksel dari saya akan memberi impak untuk pitch saya ke segmen dan saluran saya yang lain serta (impak untuk anda juga bila saya tambahkan pengunjung ke lamanwebsatujutaringgit.com imej pilihan terpampang di muka hadapan)
Pembelian piksel juga akan mendukung hasrat kami untuk mencipta sejarah laman web yang menjual satu juta piksel dari Malaysia.
3. Kenalkan kepada saluran/rakan-rakan
Jika tidak dapat membuat sumbangan dan belian pada masa ini. Saya berharap anda dapat buat pengenalan kepada saluran serta rakan-rakan anda. Untuk writeup/penulisan saudari saudari boleh email saya untuk saya sediakan ataupun boleh buat sendiri dengan harapan yang baik-baik belaka :) . Di laman web itu juga terdapat link untuk kongsikan website itu di facebook anda.
Miliki Secebis Sejarah Internet!
Sila hubungi saya di:-
Email: [email protected]
Twitter: https://twitter.com/radzee_ar
Instagram: https://instagram.com/radzee.ar
Ikuti perkembangan Laman Web Satu Juta Ringgit di:-
Facebook: https://www.facebook.com/lamanwebsatujutaringgit.com
Instagram: https://instagram.com/lamanwebsatujutaringgit
Terima Kasih!
JIka Tidak dapat RM20000 Dari Inisiatif Ini
Saya akan teruskan menjual piksel di Laman Web Satu Juta Ringgit dengan harapan semua terjual atau pulang pulang modal untuk tampung kos minima(5 tahun atas talian)