EARTH SAVER.

Contact: Stream Zen

Kami mewakili SMK Taman Dato' Harun dan ahli kumpulan kami terdiri daripada 3 orang iaitu Aiman Ayub, Izzat Ismail dan Ashikin...


RM 0

pledge of RM 4,500 goal

4 June 2014 5 July 2014

0
backers

Project Summary

Kami mewakili SMK Taman Dato' Harun dan ahli kumpulan kami terdiri daripada 3 orang iaitu Aiman Ayub, Izzat Ismail dan Ashikin Ismail. Projek kami ialah mengitar-semula pakaian-pakaian terpakai untuk dijadikan produk-produk lain yang boleh digunakan sebagai barangan harian berasaskan fabrik. Sebagai contoh; beg galas, dompet, bekas pensil dan sarung tangan dapur untuk mengangkat barangan yang panas seperti kuali dan periok. Sasaran pelanggan kami adalah terdiri daripada orang ramai terutama sekali kepada pelajar sekolah dan mereka yang mahukan barangan berkualiti tetapi murah, mesra alam dan mampu milik.

Keistimewaan produk kami ialah kami akan menggabungkan fabrik-fabrik lain bagi menarik minat dan kami akan memasukkan elemen-elemen seni dalam produk yang kami hasilkan. Produk kami akan dipromosikan menggunakan teknologi dan aplikasi internet seperti Facebook, Twitter, Instagram dan kedai-kedai atas talian seperti mudah.com. Produk kami juga akan dipasarkan secara retail di pasaraya-pasaraya terpilih. Kami mendapati bahawa terlalu banyak pakaian-pakaian terpakai dibuang begitu sahaja setiap hari. Oleh itu, kami mendapat idea dengan mengubah atau menginovasikan pakaian-pakaian ini kepada produk lain yang berguna.

Projek ini akan dapat mengurangkan kadar pembuangan pakaian-pakaian terpakai yang menjadi antara penyumbang kepada pemanasan global akibat proses pembakaran pakaian-pakaian tersebut. Bantulah kami, sokongilah kami dalam menjadikan idea bisnes kami ini satu realiti. Dengan sokongan anda, ramai yang akan mampu memiliki produk kitar-semula yang berkualiti dan dalam masa yang sama, anda memberi sokongan terhadap penjagaan bumi yang kian terabai. Sumbangan anda diperlukan untuk pembelian peralatan-peralatan jahitan, pakaian-pakaian terpakai, dan promosi perniagaan. Kami akan memberikan cenderamata daripada produk yang kami hasilkan kepada anda yang menyokong dan membantu kami. Setiap RM10 yang disumbangkan, kami akan memberi anda bekas pensil atau dompet.

Manakala, setiap RM50 kami akan memberi cenderamata seperti beg galas atau T-shirt projek kami.

Dan bagi anda yang memberikan RM100, kami akan memberikan anda satu hadiah misteri. Sebagai tanda terima kasih, kami akan menjemput anda ke majlis pelancaran produk kami, mengiktiraf sumbangan anda dengan pemberian sijil serta memasukkan nama anda ke dalam laman web. Sokonglah usaha kami untuk menyelamatkan bumi tercinta dari kebinasaan.

SOKONGAN ANDA

Kami mencadangkan para penyokong menghubungkan akaun Facebook anda pada laman web, pitchiN sebelum anda membuat sokongan. Sekiranya anda tidak menghubungkan akaun Facebook anda sebelum membuat sokongan amaun, sokongan tersebut akan dilihat sebagai "orang tanpa nama" atau "anonymous". Sekiranya anda memilih untuk tidak menghubungkan akaun Facebook anda, anda masih berupaya untuk membuat sokongan amaun kerana pihak pitchIN akan masih dapat mengenalpasti identiti anda yang mana akan di kongsi bersama pihak CrowdMalaya sekiranya projek kami berjaya mencapai sasaran. Hanya kami merasakan sekiranya pihak anda menghubungkan akaun Facebook anda sebelum menyatakan sokongan amaun pada projek CrowdMalaya, maka ianya akan lebih interaktif dan pihak lain dapat melihat penama-penama yang menyokong projek kami.

MAKLUMAN

Anda tidak perlu mempunyai akaun bersama PayPal untuk menyokong projek CrowdMalaya. Apa yang hanya anda perlukan ialah kad kredit Mastercard/Visa ataupun Debit kad.

Walaubagaimana pun, sekiranya pihak anda tidak selesa menggunakan kiriman wang melalui talian Internet, maka pihak anda boleh juga menyatakan sokongan mealui pemindahan wang secara terus kepada akaun pitchIN seperti berikut:

WATCHTOWER AND FRIENDS SDN.BHD
Maybank 564892100684

WATCHTOWER AND FRIENDS SDN BHD adalah syarikat yang mentadbir pitchIN.

Dalam pada waktu yang sama sekiranya pihak anda membuat pemindahan wang secara terus, sila emelkan kepada pihak pitchIN bukti pemindahan tersebut dengan mengirimkan resit kepada alamat emel berikut: [email protected] dengan subjek: Earth Saver. Setelah menerima maklumat ini pihak pitchIN akan mengemaskinikan sistem.

Terima kasih sekali lagi dan kami berharap anda semua dapat menyokong projek kami akan ianya menjadi realiti!

Pasukan Earth Saver

There's no update for this project at the moment
There's no comment for this project at the moment. Be the first!

No backers yet. Be the first!

Rewards

  •  
    0 backers

    No rewards. I just want to contribute.

  • RM 5

    0 backers

    1 Badge logo kumpulan pelbagai jenis (We will email you to choose your own)

    Unlimited slots

  • RM 10

    0 backers

    2 Badge logo kumpulan pelbagai jenis (We will email you to choose your own)

    Unlimited slots

  • RM 15

    0 backers

    1 Bekas pensil atau Dompet bersaiz S

    Unlimited slots

  • RM 20

    0 backers

    2 Bekas pensil atau Dompet bersaiz S

    Unlimited slots

  • RM 25

    0 backers

    1 Bekas pensil atau Dompet bersaiz M

    Unlimited slots

  • RM 30

    0 backers

    2 Bekas pensil atau Dompet bersaiz M

    Unlimited slots

  • RM 35

    0 backers

    1 Bekas pensil atau Dompet bersaiz L

    Unlimited slots

  • RM 40

    0 backers

    2 Bekas pensil atau Dompet bersaiz L

    Unlimited slots

  • RM 45

    0 backers

    1 Beg galas bersaiz M

    Unlimited slots

  • RM 50

    0 backers

    1 Beg galas bersaiz L

    Unlimited slots

  • RM 100

    0 backers

    1 Beg galas bersaiz M + T-shirt Kumpulan

    Unlimited slots

  • RM 500

    0 backers

    1 Hadiah misteri yang amat menarik (Telefon Bimbit / Alat solek ) dan pelbagai lagi

    Unlimited slots