TABUNG PENDIDIKAN KANAK-KANAK MELALUI SENI TEATER

By: Mohamad Izzuddin Hamdan

Mengumpul dana pendidikan kanak-kanak susah dan membantu ekonomi ibu bapa mereka melalui penjualan hasil seni teater


RM 450

pledge of RM 10,000 goal

Days Hours Minutes Seconds
Support this project

Project Summary

RINGKASAN PROJEK

Projek TEATER ASAR (Akademi Seni Ahmadrashidi) diilhamkan oleh Prof Ahmadrashidi dengan 5 matlamat ringkas

  1. Tidak mahu anak-anak dan remaja membuat perkara yang sia-sia dan aktiviti yang membahayakan (seperti basikal lajak atau pengaruh dadah)
     
  2. Melatih membina sahsiah diri dan keyakinan diri melalui ekpressi teater 
     
  3. Menghargai ilmu dan semangat setiakawan
     
  4. Memberi peluang dan bantuan untuk anak-anak TEATER ASAR menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi buat anak-anak yang menyertai teater
     
  5. Membantu ekonomi para ibu bapa anak TEATER ASAR

KENAPA TEATER ASAR?

Membesar di kawasan luar bandar, ada anak-anak yang tergolong dalam keluarga susah. Akibat desakan ekonomi...

  • Ada yang tidak berminat untuk sambung belajar
     
  • Ada yang lebih selesa bekerja selepas habis sekolah
     
  • Ada juga yang cenderung melakukan aktiviti yang membahayakan diri sendiri dan masa depan mereka.

SOLUSI : TEATER ASAR

Melalui pengalaman dalam bidang karya seni dan persembahan serta bantuan daripada sekumpulan ibu bapa yang prihatin kami melakukan pementasan teater sebagai solusi untuk merapatkan jurang pendidikan yang ingin kami capai. 

CABARAN

Melatih anak-anak TEATER ASAR dan juga mendapat kerjasama daripada para ibu bapa untuk komited dalam perancangan teater bukan perkara yang mudah. 

Pada mulanya kami bergerak tanpa sebarang modal, hanya semangat Ibu bapa yang ingin melihat anak-anak berjaya sahaja yang menggerakkan teater ini. 

Alhamdulillah, setelah usaha kami dipandang, kami berjaya mengumpul dana sedikit demi sedikit sehingga berjaya melakukan pementasan kami yang pertama pada penghujung tahun 2019


APA YANG KAMI PERLUKAN

Setelah 3 pementasan telah berjaya kami lakukan pada penghujung tahun 2019, kami sedari untuk mencapai objektif di atas kami memerlukan sokongan kewangan untuk mempromosikan aktiviti teater kanak-kanak kami sepanjang tahun 2021.

RM10,000 diperlukan untuk mempromosikan 3-5 teater yang dijadualkan berlansung pada :-

TEATER TARIKH
Tele Teater Tanjong (Youtube)

27 -28 Mei 2021

Teater Tanjong di Encore Melaka

7 - 8 Ogos 2021

Teater Si Bongkok Tanjong Puteri

27 - 28 November 2021

Teater Tanjong di Istana Budaya (dalam proses)

-

Teater Tanjong anjuran Unesco (dalam proses)

-

Daripada pihak ibu bapa dan juga anak-anak TEATER ASAR, sokongan ini amat bernilai kerana secara tidak langsung, bukan sahaja anda membantu mempromosikan aktiviti TEATER ASAR anda juga turut menyumbang kepada pendidikan anak-anak ASAR dan juga ekonomi para ibu bapa yang terlibat.

TUNJUKKAN TANDA SOKONGAN

Sekiranya anda tidak mampu menyumbang tidak mengapa, sebarkan sahaja aktiviti teater yang kami lakukan kepada kenalan anda dan ikuti kami di sosial media.

Berikut merupakan senarai sosial media yang kami ada :-

PLEDGING

Pledgers can transfer their pledge using the Secure Online Payment by

Razer Merchant Services

Razer Merchant Services allows payment using credit card or other online banking services (FPX, CIMBClicks, Maybank2u and etc.)

However, if you are not comfortable doing an online pitch/pledge - you can transfer the money directly to the pitchIN account as follows:

Pitch Platforms Sdn Bhd
Maybank 564892120183

After making the bank transfer, please send pitchIN the proof of transfer by attaching the receipt and your name to the email address: [email protected] with the Subject Heading: TABUNG PENDIDIKAN KANAK-KANAK MELALUI SENI TEATER

Only owner can post updates. Login to post updates.

Jangan lupa untuk ikuti / follow @ like kami di FB Page official kami

>>> https://www.facebook.com/TeaterAsarN9

Alhamdulillah RM350 terkumpul

Terima kasih atas sumbangan dan sokongan anda semua. 



BARISAN PELAKON KANAK-KANAK, REMAJA DAN PARA IBU BAPA

Pelakon kami hanya terdiri daripada komuniti ibu bapa dan anak-anak sahaja. Ibu bapa memberi sokongan moral buat anak-anak untuk terlibat sama dalam lakonan teater. 

Saksikan trailer teater tanjong kami dan laju OST teater tanjong 😊

Only backers can post comments. Login or Sign Up to post comments.
There's no comment for this project at the moment. Be the first!