Bersama 2050: Festival Belia & Kesenian

Contact: Siti Nur Bahiyah binti Saarif

Bayangan merdeka dalam 100 tahun? Satu pameran seni anjuran MKR untuk bakat muda luar bandar akan dinilai oleh karyawan hebat industri seni


RM 2,840

pledge of RM 60,000 goal

15 June 2021 15 October 2021

2
backers

Project Summary

Banyak bakat kreatif yang masih tersembunyi dari para pelajar kampus luar bandar. Bersama 2050 merancang untuk memberi pendedahan kepada mereka melalui sebuah pertandingan yang disokong oleh para elit indie kreatif Malaysia seperti Amir Muhammad (Kuman Pictures), Obscura Photography & Kreativer Klub.

Keunikan Bersama 2050 : PERTAMA, kami sasarkan kepada pelajar luar bandar, dengan memanfaatkan bakat mereka melalui pertandingan dan mempamerkan karya mereka di Kuala Lumpur untuk menonjolkan bakat mereka dalam industri. KEDUA, memberi anak muda Malaysia peluang untuk membuat interpretasi semula apabila negara menghampiri 100 tahun akan datang yang dikaitkan dengan perpaduan, keharmonian dan keamanan negara.

Sejak tahun 2016, MyKampus Radio (MKR) merupakan penganjur dan pertubuhan media berbahasa Melayu untuk para belia. MKR menyediakan ruang untuk para belia membahaskan/menyuarakan isu semasa melalui perbincangan dan perdebatan dalam kalangan mahasiswa di Malaysia. Program Bersama 2050 adalah salah satu inisiatif untuk pihak MKR meningkatkan suara dan penyertaan daripada pelajar universiti peringkat rendah dan tertinggi.

Pertandingan ini dibuka pada Julai 2021, dengan penyerahan dan keputusan pertandingan pada bulan Ogos, diikuti dengan pameran yang akan diadakan pada akhir bulan Ogos dan September sehingga sambutan Hari Malaysia.

Kempen ini menyasarkan untuk mengumpul dana sebanyak RM60,000 sebahagian daripada RM200,000 dalam menjayakan projek ini.

Di kesempatan ini, pihak kami ingin mengalu-alukan syarikat korporat, SMEs, para dermawan yang dihormati dan patriot lain untuk menderma dan membawa visi artis-artis muda ini di seluruh Malaysia. Para penyokong akan diiktiraf sebagai tulang belakang Bersama 2050 di kedua-dua pameran fizikal dan maya. 

Pameran bersempena bulan kemerdekaan ini akan berlangsung selama 21 hari dan meraikan pemenang serta finalis pertandingan ini. Kolej Vokasional dan Politeknik seluruh Malaysia seperti Ibrahim Sultan, Ungku Omar dan KV Kuala Krai akan berada dalam senarai penyertaan pertandingan.

Lokasi pameran akan dianjurkan di GMBB Exhibition Venue, Kuala Lumpur.

Kategori untuk pertandingan adalah lukisan seni, video pendek, fotografi, doodle dan seni kitar semula. 

Penaung bagi projek ini ialah Dato' Yusli Mohamed Yusof (seorang bekas CEO Bursa Malaysia dan kini merupakan pengerusi untuk KPJ Healthcare Bhd). Kami mendapat sokongan kuat daripada The Malaysia German Chamber of Commerce dan Friedrich Naumann Foundation untuk projek ini, bersama-sama dengan rakan kongsi kami iaitu pihak GMBB, Westports Holdings, Noush Naturals dan Balai Seni Negara.

Ukir nama anda sebagai “orang kuat” Bersama 2050 dengan menyumbang kepada crowdfunding ini. Syarikat yang ingin menjadi penaja utama atau rakan kongsi digalakkan untuk membaca kertas kerja projek ini (link).

Sebarang pertanyaan, boleh terus menghubungi melalui email [email protected] atau di talian +6017-370 5059.
 

 

#Bersama2050

 

Perkenalkan 'keluarga' kami bagi program #Bersama2050

 

Sumbangan anda amat penting bagi kami

 

Lebih banyak anda sumbang, lebih ganjaran menanti anda

 

Peluang untuk menjadi Penaja Utama atau Bersama kini milik anda!

 

Ini lah masanya untuk pamerkan diri anda pada 'Wall of Fame' 

 

Antara cabaran yang perlu dihadapi bagi melengkapkan program #Bersama2050

There's no update for this project at the moment
There's no comment for this project at the moment. Be the first!

Backers

Rewards

  •  
    0 backers

    No rewards. I just want to contribute.

  • RM 10

    2 backers

    - (1x) Nama anda (kecil) akan muncul pada "Wall of Fame" kami secara fizikal dan maya

    - (1x) Anda akan menerima kad penghargaan secara digital

    3498 slot(s) remaining!

  • RM 50

    0 backers

    - (1x) Nama anda (sederhana) akan muncul pada "Wall of Fame" kami secara fizikal dan maya

    - (1x) Anda akan menerima kad penghargaan secara digital

    100 slot(s) remaining!

  • RM 100

    0 backers

    - (1x) Nama anda (besar) akan muncul pada "Wall of Fame" kami secara fizikal dan maya

    - (1x) Video 'Terima Kasih" daripada kami akan dimuatnaik di laman rasmi Instagram dan Facebook (MKR).

    100 slot(s) remaining!

  • RM 1,000

    0 backers

    - (1x) Nama anda berada di sebelah sekeping hasil karya seni, secara fizikal dan maya

    - (1x) Video penghargaan daripada kami dan pemenang akan dimuatnaik di laman Instagram & Facebook (MKR)

    - (1x) 3 jam kelas penyuntingan & grafik secara dalam talian untuk anda dan 50 orang pelajar

    10 slot(s) remaining!

  • RM 10,000

    0 backers

    Penaja Bersama

    [sila rujuk gambar di bawah untuk info lebih lanjut]

    4 slot(s) remaining!

  • RM 40,000

    0 backers

    Penaja Utama

    [sila rujuk gambar di bawah untuk info lebih lanjut]

    2 slot(s) remaining!